Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Madrasah Seberang Tuan Chik (MSTC) MISI - Melahirkan generasi al-Hafiz al-Quran yang boleh memimpin dalam semua perkara. VISI - Menjadi Pusat Pengajian Yang Terunggul Dalam Negara

LATAR BELAKANG

Madrasah STC telah ditubuhkan pada tahun 2006 yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Manan bin Mohd Derus (Mudir), yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Tahsin Bukit Tunggal (PTBT) bertapak di bangunan sewa PT 22058K Jln. Bukit Tunggal, Kg. Tebauk, 21200 Kuala Nerus Terengganu. Alhamdulillah, berkat usaha kami telahpun mempunyai bangunan sendiri di lot 2382 Kampung Seberang Tuan Chik, 21200 Kuala Nerus, Terengganu dengan hasil sumbangan orang ramai. Madrasah STC adalah sebuah pusat pengajian al-Quran yang bertaraf rendah, serdahana dan tinggi yang terbuka kepada semua peringkat umur untuk masyarakat sekitar.  Madrasah STC  menawarkan kelas pengajian Tahfiz sepenuh masa, kelas tahfiz harian, kelas al-Quran & fardhu ain, kelas asas membaca al-Quran dewasa, kelas tarannum, kelas talaqqi bersanad, kelas bertajwid dewasa, kelas al-Quran berlahjah arab, klinik tahsin al-Quran dewasa, penganjuran kem / bengkel / seminar pada musim cuti persekolahan dan lain-lain yang akan diumumkan dari masa ke semasa. 

Madrasah Infaq

Ditubuhkan pada tahun 2006.

Lokasi

Lot 2382 Kampung Seberang Tuan Chik, 21200 Kuala Nerus.

Tahfiz

Kelas pengajian Tahfiz sepenuh masa, harian dan lain lain.

Pengasas

Ustaz Abdul Manan bin Mohd Derus (Mudir).

Pusat Pengajian

Pelbagai kelas pengajian Al-Quran separuh masa dan sepenuh masa.

Bengkel & Kem

Penganjuran kem / bengkel / seminar pada cuti sekolah.

KATA ALUAN

Assalamualaikum wa Rahmatullah wa Barakaatuh 

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat-Nya. Selawat dan salam kepada junjungan kita Rasulullah SAW. 

Dalam kesempatan ini, saya dengan penuh ta’zim merakamkanahlan wa sahlan wa marhaban bikumke laman sesawang Madrasah Seberang Tuan Chik, Kuala Nerus, Terengganu. Saya mengharapkan laman sesawang ini akan menjadi wahana yang terbaik dalam menyebarkan maklumat tentang Madrasah STC kepada khalayak dan massa ke arah menjadikan Madrasah STC sebagai pilihan utama dalam melaksanakan tanggungjawab jihad fi al-Ta’lim wa al-ta’allum. 

Madrasah STC sentiasa mempertingkatkan iltizam dalam menyempurnakan amanah dalam mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Kejayaan mendidik generasi pelajar juga bergantung kepada keupayaan Madrasah STC menyediakan tenaga pengajar yang kompeten melalui pengalaman-pengalaman mengajar.

Sebagai sebuah institusi pendidikan yang menghayati denyut nadi masyarakat, pihak Madrasah STC juga sentiasa berinteraksi dengan masyarakat luar Madrasah. Pihak Madrasah STC telah dan akan terus mengadakan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja melibatkan kakitangannya dan juga generasi pelajarnya serta masyarakat sekelilingnya. 

Akhirnya, marilah sama-sama kita bersatu padu dan bekerjasama dalam menjayakan amanah jihad fi al-Ta’lim wa al-ta’allum ini. Pandangan dan saranan yang berguna dari khalayak amatlah kami harapkan demi kemajuan Madrasah STC tercinta ini.

Sekian, terima kasih. 

ABDUL MANAN BIN MOHD DERUS 

MUDIR . 

Jawatan KuasaOrganisasi

Ustaz Haji Mohamad bin Ghani

Jawatan: Pengerusi 

Email: mohamad@madrasahstc.com

Ustaz Faiz Najmudin bin Abdul Halim

Jawatan: Penyelia Merangkap Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar 

Email: faiz@madrasahstc.com

Ustaz Muhammad A Muhaimin Bin Yusof

Jawatan: Guru Tahfiz Merangkap Guru Disiplin

Email: muhaimin@madrasahstc.com

Rafiudin Bin Rahseli

Jawatan: Murabbi

Email: rafiudin@madrasahstc.com

Tengku Muhammad Hanif Bin Tengku Anua

Jawatan: Guru Tahfiz Merangkap Warden 

Email: hanif@madrasahstc.com

Mohamad Zulhisyam Bin Ramli

Jawatan: MudirMurabbi Merangkap Warden 

Email: hisyam@madrasahstc.com

Ustaz Haji Mohd Farizul Bin Abu Khari

Jawatan: Timbalan Mudir 

Email: farizul@madrasahstc.com

Ustaz Umar Izzuddin Bin Adnan

Jawatan: Pegawai Pemasaran dan Multimedia 

Email: umar@madrasahstc.com

Ustaz Mohammad Zulfaqqar Bin Noraslam

Jawatan: Guru Tahfiz 

Email: zulfaqar@madrasahstc.com

Muhammad Asyraaf Bin Adnan

Jawatan: Murabbi Merangkap Warden 

Email: asyraaf@madrasahstc.com

Abdul Fatah Bin Abdul Jaleel

Jawatan: Murabbi Merangkap Warden 

Email: fatah@madrasahstc.com

Nurhana Ariffah Binti Ibramsah

Jawatan: Guru Tahfiz Merangkap Warden 

Email: nurhana@madrasahstc.com

OBJEKTIF PENUBUHAN

 

quote

testimonialauthor

content

testimonialrating

SijilPendaftaran

Daftar Email Anda